3.29 Perkembangan Bahasa Melayu dalam Persuratkabaran.
Kertas ini telah dibentangkan oleh Admin di Kongres Bahasa Dan Persuratan Melayu Ke-IIIA. Samad Ismail
Suratkabar adalah alat perantaraan dan alat perhubungan yang terpenting sekali dalam masharakat manusia modern. Wataknya sebagai alat perantaraan dan alat perhubungan sesama manusia lahir dari bahasa tertulis yang dipergunakannya sebagai perantaraannya. Sekiranya manusia tidak pandai menuliskan bahasanya sendiri diatas kertas untuk membuat perhubungan antara satu dengan lain atau untuk menyampaikan kabar atau berita atau untuk mengemukakan pendapat dan fikirannya maka berkuranglah satu alat perhubungan yang maha penting untuk memudahkan dan menambahkan teraturnya penghidupan manusia.
Kongres Bahasa