6.04 Bahasa dan Pembinaan Tamadun Bangsa.
Kertas ini telah dibentangkan oleh Admin di Kongres Bahasa Dan Persuratan Melayu Ke-VIProf. Emeritus Abdullah Hassan.
Tidak pernah ada bangsa yang membina tamadunnya tanpa kepustakaan. Tidak pernah juga ada bangsa yang membina tamadunnya atas kepustakaan dalam bahasa orang lain. Setiap bangsa, walaupun kecil membina tamadun bangsanya atas kepustakaan dalam bahasanya sendiri. Negara kecil yang maju seperti Belanda, Finland, Sweden, Norway, Denmark, Belgium, Luxemberg, Switzerland dan Austria mempunyai kepustakaan masing-masing dalam bahasa sendiri.
Dalam sejarah pembinaan tamadun manusia, ada banyak peristiwa seperti ini. Cerita Jepun dan Korea membina tamadunnya melalui bahasanya sendiri sudah lumrah. Oleh itu marilah kita memandang ke Eropah dan melihat bagaimana negara-negara Eropah membangun. Kita jadikan Eropah itu model. P
ertama, kita akan melihat bagaimana seorang ahli matematik dan falsafah Jerman membangunkan bahasa Jerman demi membina tamadun bangsanya.
Kedua, kita akan belajar daripada pemimpin dan sarjana Islam bagaimana mereka membina kepustakaan dalam bahasa Arab untuk membangunakan tamadun Islam.
Daripada peristiwa-peristiwa ini kita melihat apakah kaedah yang dapat kita contohi; iaitu menyampaikan ilmu dan membina kepustakaan ilmu daaalam bahasa sendiri hendaklah dilakukan serentak.
Kongres Bahasa
Setelah membaca kertas kerja ini, saya merasakan ada beberapa kejanggalan berlaku dalam
Komen oleh Abdul Rahman Mahmud pada April 23rd, 2008 at 1:50 pmnegara kita. Kemajuan negera ini mahu di pacu dengan acuan bahasa asing yang longgar dengan nilai - nilai ketimuran. Akhirnya kita kan menjadi bangsa yang kehilangan identiti atau yang lebih teruk kecelaruan identiti.