Tajuk: Mengapa Kami Bantah. Penggunaan Bahasa Inggeris bagi Mengajarkan Sains dan Matematik.
Penyusun: Professor Emeritus Dr Abdullah Hassan.
ISBN :ISBN 983-42179-0-0
Penerbit: Persatuan Penterjemah Malaysia 2007.
Kandungan:
1. kata aluan ketua kumpulan prihatin.
2. pencapaian sakti melayu malaysia 1958-2002: sebuah tragedi dalam peradaban melayu moden.
3. pendirian bersama para profesor sakti seluruh malaysia terhadap dasar pendidikan sains dan matematik sekolah dalam bahasa inggeris.
4. bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar sains dan matematik: mengapa ditentang? soalan yang selalu ditanyakan.
5. bahasa melayu akan pupus.
6. analisis beberapa isu utama sosiobudaya bangsa dan negara.
7. nasionalisme dan perjuangan bahasa.
8. penerimaan pengajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris: konflik antara dua darjat.
9. bukan sekadar bahasa.
10. resolusi seminar agenda melayu.
Dari Kumpulan PRIHATIN.
Kami daripada Kumpulan Prihatin bersyukur kepada Ilahi kerana membolehkan kami sedar dan insaf terhadap nasib dan masa depan kaum Melayu di Malaysia.
Pada kami, kaum Melayu menghadapi masalah besar yang akan meminggirkannya di Tanah Airnya sendiri. Inilah faktor yang mendorong kami berbincang dengan tokoh-tokoh daripada berbagai pertubuhan dan orang-orang perseorangan yang peduli terhadap masa depan kaum Melayu demi keamanan negara Malaysia.
Kongres ini adalah salah satu daripada langkah tersebut. Oleh kerana penduduk negara kita terdiri daripada pelbagai kaum, maka terdapat beberapa isu sensitif yang memerlukan penerangan dan pemahamannya dari segi sejarah.
Bagi mencapai kemajuan negara Malaysia seluruhnya, kaum Melayu perlu dimajukan dengan saksama. Tetapi ini bukanlah perkara mudah. Umpamanya, dua tahun lalu, Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri pada masa itu menyatakan bahawa hanya 25% daripada pelajar Malaysia di seluruh dunia mempelajari ijazah pertama terdiri daripada kaum Melayu. Lalu beliau menyatakan hasrat menambah bilangan pelajar Melayu di institusi pengajian tinggi. Ini adalah hasrat yang wajar.
Pada masa itu pelajar di institusi pengajian tinggi swasta berjumlah lebih daripada 200,000 orang. Hanya 15% (30,000 orang) daripadanya pelajar Melayu. Pelajar di institusi pengajian tinggi awam pula berjumlah 170,000 orang dan 55% (93,500 orang) adalah pelajar Melayu. Ini bermakna hanya 123,500 orang adalah pelajar Melayu daripada 370,000 pelajar di institusi pengajian tinggi. Ini adalah 33.3% sahaja, padahal pada masa ini, nisbah jumlah penduduk Bumiputera adalah 66% berbanding dengan penduduk bukan Bumiputera.
Malangnya hasrat Dato’ Seri Perdana Menteri ditolak oleh Kabinet melalui Datuk Dr. Ling Liong Sik yang mengatakan penambahan pelajar Melayu itu tidak boleh melibatkan institusi pengajian tinggi swasta. Pada hal inilah yang mengakibatkan ketidakseimbangan itu.
Di samping itu ada peristiwa lain yang menunjukkan perkembangan yang tidak sihat. Penubuhan Kolej Era Baru di Kajang dianggap oleh Dong Jia Zong (Grakan Pendidikan Cina) sebagai menggantikan Universiti Merdeka. Ini bermakna bahasa Cina menjadi bahasa penghantar utama, walaupun Universiti Merdeka telah ditolak oleh mahkamah.
Apa yang berlaku sekarang ialah Kolej Era Baru telah menggantikan Universiti Merdeka, pada hal Kolej Tunku Abdul Rahman diwujudkan bagi menggantikan Universiti Merdeka masih juga wujud dan diteruskan.
Seterusnya, MCA meminta supaya Kolej Tunku Abdul Rahman dinaikkan taraf menjadi universiti. Ini dipersetujui oleh Kerajaan Barisan Nasional. Tetapi, di samping itu Kolej Tunku Abdul Rahman masih wujud dan diteruskan.
Tetapi, ingatkah kita, apabila Institut Perguruan Sultan Idris dinaikkan taraf menjadi universiti, IPSI dihapuskan. Juga, apabila ITM dinaikkan taraf menjadi universiti, ITM dihapuskan.
Bagaikan apa yang diberi kepada kaum Cina tidak mencukupi, Kerajaan Negeri Perak menghadiahkan pula 200 hektar tanah untuk Kolej Tunku Abdul Rahman. Kemudian, pemimpin UMNO memberi pula 15% tempat di MRSM kepada pelajar Cina. Baik sungguh hati orang Melayu.
Beralih pula kita kepada isu lain yang sangat menyedihkan. Bahasa penghantar pendidikan sains dan matematik ditukar pula ke bahasa Inggeris. Kami daripada Kumpulan Prihatin merasakan masanya sudah tiba bagi orang Melayu memastikan supaya tindakan ini dikaji semula dengan teliti dan diperbetulkan. Dalam keadaan sekarang, kita memerlukan ketegasan daripada pimpinan, UMNO mahupun PAS. Kita tidak boleh lagi melayan tuntutan demi tuntutan, tuntutan yang akhirnya merosakkan keseimbangan antara kaum.
Keseimbangan yang merosakkan kaum Melayu. Kaum Melayu sudah banyak beralah. Pada tahun 1955, dalam pilihan raya parlimen pertama, 50 daripada 52 kawasan pilihan raya mempunyai majoriti pengundi Melayu. Tetapi UMNO memberi 17 kawasan itu kepada MCA dan MIC, iaitu 750% lebih daripada sewajarnya. Undi Melayulah yang memenangkan mereka.
Sekali lagi pada tahun 1957, satu persefahaman lain dibuat. Dari 31 Ogos 1957 hingga 31 Ogos 1958, kaum bukan Melayu yang mempunyai kelayakan pemastautinan dan lain-lain, tetapi tidak mengetahui bahasa kebangsaan, iaitu bahasa Melayu dibolehkan mendapatkan hak kerakyatan Persekutuan Tanah Melayu.
Dalam masa satu tahun, lebih daripada 800,000 orang bukan Melayu menjadi warganegara. Ini adalah satu kelonggaran yang luar biasa. Kerajaan Perikatan juga menyediakan pendidikan aliran Cina dari darjah satu hingga enam dengan membelanjakan kewangan negara. Pada hal negara lain seperti kita tidak melakukannya.
Banyak peristiwa begini dalam sejarah kita. Kita perlu tahu sejarah kita. Juga kaum bukan Melayu perlu tahu. Pemimpin Melayu perlu menerangkan peristiwa penting ini kepada pemimpin bukan Melayu. Mereka seterusnya boleh menerangkannya kepada kaum masing-masing, supaya mereka bersetuju dengan dasar-dasar yang digubal sekarang. Dasar seperti Dasar Ekonomi Baru adalah digubal bagi mencari keamanan. Banyak matlamatnya yang dicapai, tetapi masih banyak lagi yang perlu dijayakan.
Dalam hal kepentingan Melayu, UMNO dan PAS perlu bekerjasama. Kepentingan Melayu adalah lebih penting daripada kepentingan parti, terutama dalam bidang pendidikan, bahasa dan ekonomi. Kita perlu bersepakat. Badan-badan bukan kerajaan Melayu (BBK) perlu membuat kajian tentang isu-isu penting, terutama yang berkaitan dengan pendidikan. Kita tidak mahu peristiwa 13 Mei 1969 berulang.
Pemimpin-pemimpin Melayu perlu tahu di mana garis pemisah antara tuntutan yang wajar dengan yang melampau. Sebagai contoh, nisbah agihan kemasukan pelajar ke IPTA yang sudah lama digunakan ialah 55% Bumiputera dan 45% bukan Bumiputera. Ini adalah menurut nisbah komposisi penduduk Malaysia.
Tetapi, menurut bancian tahun 2000, jumlah kaum Bumiputera meningkat menjadi 66% dan bukan Bumiputera menurun menjadi 34%. Oleh sebab itu, nisbah kemasukan ke IPTA juga perlu diselaraskan menurut nisbah penduduk sekarang.
Kita bukan mengungkit
Kita bukan ada perkauman
Kita telah banyak berkorban
Demi perpaduan
Demi kemajuan.
Ambillah teladan
dari negara-negara jiran
Berterima kasih dan
Ucapkan kesyukuran
Agar dapat kita sama-sama
Menikmati kemajuan
Serta keamanan.
Dato’ Zainal Abidin bin Abdul Wahid
Ketua Kumpulan Prihatin
Kongres Bahasa
[…] Untuk mengetahui dengan terperinci bab bantah membantah ini, bacalah buku ini. Buku berkonsepkan Open Book pertama di Malaysia. Bantahan dari para ilmuan tidak sama dengan hujah para politikus. Darjat manusia tinggi dengan adanya ilmu, tingkatkan darjat kemanusiaan anda dan lawatilah Kongres Bahasa untuk membaca buku tersebut. […]
Komen oleh Mengapa Kami Bantah! « halwa romantis pada November 17th, 2006 at 10:07 amebook sepatutnya menjadi ebuku
lebih relevan untuk perjuangan bahasa.
Komen oleh aku pada November 17th, 2006 at 6:40 pmPak Rastom,
Saya baru download e-book itu, belum baca lagi, tetapi insya Allah akan membacanya di dalam masa yang terdekat.
Saya sudah buka blog di dalam Wordpress…
Wassalam.
Komen oleh alang kelana pada November 18th, 2006 at 12:57 pmAssalamualaikum…
Komen oleh syahid_zul pada November 18th, 2006 at 9:19 pmSemoga niat ikhlas tampa apa-apa kepentingan diredhai Allah..
[…] http://www.kongresbahasa.org/?p=199 […]
Komen oleh Mesti Baca.. First Open Book « hardyweb:perjalanan hidupku™ pada November 20th, 2006 at 4:21 pmorang jerman, russia, sweden, polish, perancis, jepun , boleh maju kerana bahasa ibunda sendiri,
belum lagi orang korea, negeri CHina, taiwan yang haram para pelajar/guru dia fasih english..
orang India di negara india jadi mundur, kerana kerajaan diorang praktikkan bahasa english jadi bahasa ilmu di sekolah..
lihatla sendiri prof mongolia, kes altantuya, walaupun tak pandai english tapi jadi professor…
bekas mahasiswa orang melayu gagal dalam pekerjaan bukan kerana gagal bahasa english, tapi kerana ORANG MELAYU sebelumnya yang belajar pandai2 keja makan gaji SAMPAI MATI dan tidak buat perniagaan sendiri & buka peluang pekerjaan & secara langsung menyebabkan adik2 kita/ anak2 kita menagih simpati kompeni2 korperat milik cina untuk mendapatkan kerja..
Lihatlah bangsa melayu ekuiti bumitputra 18 % sahaja….?… kerana kita gagal buka peluang pekerjaan untuk anak bangsa sendiri.. sedangkan orang cina ZERO peluang pekerjaan… kerana berderet kedai2 /pusat2 perniagaan cina di bandar2 besar johor/KL/Penang menanti untuk anak2 cina..
Wahai para pendidik/penyelamat bahasa ibunda, berjuangla bermati-matian, insya-Allah, aku dan ramailagi orang akan doakan usaha murni ini.
Komen oleh malah pada November 24th, 2006 at 9:40 ambahasa jiwa bangsa. pincang budaya kerana bahasa.
anak rusa nani
baru kembang ekor
banyak masalah ni
elok lah kena tegur
berburu ke padang datar
dapat rusa berbelang kaki
berguru kepalang ajar
ibarat bunga kembang tak jadi
benarlah sabda baginda, kita umat islam, secara perlahan lahan akan mengikuti akan perangai umat nasrani.
Komen oleh iwanz pada November 29th, 2006 at 12:13 pm[…] Namun begitu terdapat sebuah buku diterbitkan khusus untuk menyatakan bantahan terhadap dasar tersebut. Buku terbitan Januari 2007 dan harganya cuma RM18-00. Bagi yang ingin membacanya dalam bentuk e-book boleh dapatkan di sini. […]
Komen oleh academic :: Buku Bantah :: February :: 2007 pada March 2nd, 2007 at 10:37 amSyukur kerana ada laman web diterbitkan khas untuk koleksi kertas kerja berkaitan dengan Melayu - bahasa, budaya, cabaran, masa depan dsb.
Moga pihak Kongres sentiasa berusaha MENGEMASKINI laman ini, dan sentiasa membenarkan AKSES percuma terhadap bahan-bahan ILMIAH tulisan para akademik dan pejuang bangsa/bahasa Melayu - mungkin juga boleh TAMBAHkan lagi tulisan-tulisan sebegini kerana sepanjang pemerhatian saya bahan sebegini agak kurang diDIGITALkan.
Komen oleh adina pada March 19th, 2007 at 9:41 amAssalamu’alaikum Wr. Wb.
Komen oleh balai kajian dan pengembangan budaya melayu pada April 17th, 2007 at 2:25 pmDengan segala kerendahan hati ijinkan kami menyampaikan kehadiran portal milik kita bersama : www.melayuonline.com. Dunia Melayu se-dunia. (Jika anda memiliki website atau blog, mohon alamat kami dapat anda masukkan ke dalam link/pautan web/blog anda).
MelayuOnline.com adalah portal (pangkalan data) dunia Melayu dan kemelayuan se-dunia yang diluncurkan pada tanggal 1 Muharram 1428 H (20 Januari 2007) oleh Balai Kajian dan Pengembangan Budaya Melayu (BKPBM). Pembuatan portal ini merupakan realisasi salah satu program BKPBM yaitu menggali, mengumpulkan, memelihara serta mengekalkan pelbagai khazanah budaya Melayu yang masih berlaku di masyarakat maupun yang pernah ada di masa lampau, sehingga budaya Melayu yang selama ini masih merupakan mosaik-mosaik lepas dapat terajut menjadi hamparan dokumentasi yang utuh dari sebuah peradaban besar. Dengan kata lain, BKPBM bertujuan untuk melestarikan tradisi budaya dengan cara yang tidak tradisional melalui teknologi informasi yang merupakan keniscayaan yang tidak dapat ditawar lagi.
MelayuOnline.com saat ini masih terbatas dalam edisi bahasa Indonesia dan bahasa Inggris. Apabila memungkinkan, dengan dukungan konkret Anda, kami juga merencanakan untuk meluncurkannya dalam bahasa-bahasa lain yang dipergunakan oleh para pelaku dan pendukung budaya Melayu se-dunia. Dengan demikian kehadiran portal ini dapat berfungsi sebagai media komunikasi antar puak-puak Melayu di berbagai belahan dunia, yang pada gilirannya dapat merekonstruksi dan mengembangkan budaya Melayu agar dapat mengikuti perubahan zaman. Nilai-nilai luhur yang terkandung dalam budaya Melayu semestinya dipakai sebagai acuan dalam berpikir, berperilaku dan menyikapi kehidupan modern dalam dinamika global.
MelayuOnline.com adalah pangkalan data yang merupakan dokumentasi, inventarisasi, dan penyajian informasi tentang segala ikhwal dunia Melayu dan kemelayuan yang dihimpun dari berbagai sumber pustaka kemelayuan maupun dari ratusan media cetak dan media online di Indonesia serta negara-negara lain. Data-data tersebut diklasifikasi dan disusun berdasarkan berbagai kategori dalam kerangka struktur yang dapat dipertanggungjawabkan keabsahannya secara akademik. Hal tersebut dimaksudkan untuk membantu siapa saja yang ingin mengetahui dan memahami budaya Melayu, baik secara ringkas-sepintas ataupun serius-mendalam untuk kajian dan penulisan paper, makalah, skripsi, tesis, disertasi maupun keperluan lainnya. Portal ini terdiri atas 24 menu utama yang mengupas tuntas segala ikhwal dunia Melayu, meliputi: Home; Berita; Artikel; Sejarah Melayu; Budaya Melayu; Sastra Melayu; Tokoh Melayu; Pakar/Periset Melayu; Penghargaan; Direktori; Ensiklopedi Melayu; Kamus Melayu; Resensi Buku, Perpustakaan; Agenda; Pautan; Forum; Koleksi; Kedai; Peta Situs; Donasi; Tentang Kami; Komentar Pengunjung; dan Hubungi Kami. Setiap menu dibagi lagi dalam berbagai sub menu maupun sub-sub menu lain yang komprehensif, sehingga kehadiran portal ini diharapkan dapat memenuhi misinya sebagai pangkalan data dan informasi dunia Melayu dan kemelayuan se-dunia.
MelayuOnline.com didedikasikan sepenuhnya bagi kegemilangan tamadun Melayu, dikelola oleh insan-insan Melayu yang memiliki kepedulian terhadap pengekalan dan pengembangan warisan budaya Melayu. Sebagai sebuah portal, kelengkapan isi (data-data, artikel, informasi, referensi, foto, dan ikhwal apa saja tentang Melayu) yang terdapat di MelayuOnline.com, tidaklah akan lengkap dan akurat tanpa kontribusi dari Anda semua. Kontribusi dari berbagai pihak akan sangat berharga bagi pangkalan data ini untuk perkembangan dunia Melayu se-dunia. Desain visual, desain struktur isi maupun data-data baik artikel, informasi, referensi, foto, dan sebagainya tentang dunia Melayu di dalam portal ini dilindungi oleh Undang-undang Hak Cipta dan telah didaftarkan hak patennya. Meskipun demikian, siapapun diijinkan untuk mengkopi, menyadur atau mempublikasikan semua isi yang terkandung di dalam portal ini dengan syarat harus mencantumkan MelayuOnline.com sebagai sumber yang dikutip.
Wassalamu’alaikum Wr.Wb.
Pemangku Balai
H. Mahyudin Al Mudra, SH.MM
[…] Untuk mengetahui dengan terperinci bab bantah membantah ini, bacalah buku ini. Buku berkonsepkan Open Book pertama di Malaysia. Bantahan dari para ilmuan tidak sama dengan hujah para politikus. Darjat manusia tinggi dengan adanya ilmu, tingkatkan darjat kemanusiaan anda dan lawatilah Kongres Bahasa untuk membaca buku tersebut. […]
Komen oleh » Mengapa Kami Bantah! « halwa romantis 互动-My 1983 pada August 3rd, 2007 at 10:10 amSokong komen ‘aku’, ebook sepatutnya digantikan dengan ebuku untuk memartabatkan bahasa Melayu. Hal ini tidak bermakna kita anti pada bahasa Inggeris tapi untuk mengelakkan kecelaruan bahasa berlaku. Apa-apa pun buku ni memang banyak membantu dalam pembelajaran saya.
Komen oleh mulan pada November 6th, 2007 at 7:53 pmTerima kasih dan teruskan usaha sebegini.
mengapa ya jadi begitu? apa BM dah tak standard ke? kita dah membinanya bermula dari Tun Rahman Yaakob yang menguatkuasakan BM sebagai Bahasa resmi pendidikan, tiba-tiba dengan muda generasi sekarang mengubahnya. Mengapa begitu mudah ya? Mula-mula sekali Persekutuan Tabah Melayu hilang, kemudaian tulisanya nya juga hilang, (tulisan melayu atau Jawi), la ni bahasa melayu di ganti denga bahasa malaysia…. apa sudah jadi ni? akan datang semua perkataan yang ada Melayu, semuanya hilang. akhirnya bangsa melayu juga akan hilang. fikir-fikirkan lah. Mereka yang mengubahnya adalah terdiri dari generasi yang mendapat pendidikan di barat. Mentang-mentanglah mereka dari barat, mudah berbahasa inggeris, mereka nak samakan kefasihannya bahasa inggeris mereka dengan anak kampong yang masih merangkak……… mana peginya benak mereka itu semua?
Komen oleh zaha pada April 27th, 2008 at 1:37 pm