7.00 Resolusi Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ke VII
Kertas ini telah dibentangkan oleh Admin di Kongres Bahasa Dan Persuratan Melayu Ke-VIIKongres Bahasa dan Persuratan Melayu VII yang bersidang selama tiga hari dari 6-8 November 2006 (14-16 Syawal), 1427 Hijrah di Dewan Bahasa dan Pustaka yang dihadiri lebih 600 (dapatkan angka sebenar) orang peserta daripada 59 badan dari Pertubuhan Bukan Kerajaan, DBP dan para pendukung bahasa, sastera dan kebudayaan kebangsaan, dengan penuh kesedaran dan rasa tanggungjawab menghargai dan menyanjung tinggi semangat baharu di seluruh negara dan mengambil sikap menyedari perlunya dilipatgandakan kerjasa dan sinergi antara pelbagai pihak, khususnya badan kerajaan dan bukan kerajaan dalam usaha peningkatan keutuhan bahasa dan persuratan Melayu dan pembinaan kebudayaan kebangsaan agar berfungsi sebagai penggerak utama ke arah pembentukan sebuah negara bangsa mengikut acuan kita sendiri, maka sebagai satu langkah memanifestasikan kerjasama dan sinergi itu, Kongres ini hendaklah diadakan secara berkala sekurang-kurangnya dua tahun sekali untuk memberi kesempatan kepada pelbagai pihak dan golongan memperkukuh dan memperbaharui azam dalam pembinaan bahasa, persuratan dan kebudayaan kebangsaan.
Kongres Bahasa
Salam, urus setia wajar mengadakan konvensyen bahasa untuk mengembalikan kedaulatan bahasa Melayu yang termaktub dalam perkara 152 fasal 1 perlembagaan negara yang membabitkan istana untuk mendesak kerajaan menolak penggunaan bahasa inggeris dalam subjek teras dalam pendidikan negara.
Wassalam
ZULKEFLEE YAACOB
Komen oleh zulkeflee yaacob pada November 24th, 2006 at 6:52 pmKOTA BHARU,
KELANTAN
SESUATU mesti dilakukan untuk memartabatkan Bahasa Malaysia kerana terdapat LEBIH 12 SEBAB KENAPA BAHASA MELAYU (Bahasa Malaysia) gagal dimartabatkan setelah 51 tahun Negara mencapai kemerdekaan!
1. Sikap orang Melayu sendiri mengagung-agungkan bahasa lain seperti Bahasa Inggeris (BI).
2. Pemimpin tidak bertutur dalam Bahasa Melayu baku (Bahsa Malaysia) semasa majlis rasmi mahupun semasa bermesyuarat termasuklah semasa bersidang di parlimen.
3. Kerajaan tidak mempunyai dasar yang jelas dan tetap dalam pemartabatan Bahasa Malaysia (BM).
4. Bahasa Malaysia tidak menjadi bahasa perpaduan iaitu kebanyakan pihak swasta menggunakan Bahasa Inggeris dalam pertuturan dan urusan surat-menyurat sedangkan pihak kerajaan menggunakan Bahasa Malaysia.
5. Tiada saluran TV yang menggunakan Bahasa Malaysia 100% baku. (Orang Sabah dan Sarawak boleh memahami dialog seperti yang dituturkan dalam filem-filem era 60-an terutama filem Tan Sri P. Ramlee, tetapi tidak lagi memahami filem zaman sekarang. Fikir-fikirkanlah)
6. Tiada orang Melayu yang mempertahankan kedaulatan Bahasa Malaysia.
7. Penggunaan istilah Bahasa Melayu yang tidak dipersetujui oleh kaum lain (Cina, India, Kadazandusun, Iban dll) menyebabkan Bahasa Malaysia (bahasa yang diperkayakan istilah dari semua bahasa di Malaysia) turut tidak mendapat sambutan.
8. Usaha Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang dipandang sebelah mata bukan sahaja oleh agensi swasta tetapi juga oleh agensi kerajaan sendiri.
9. Siapa mahu pandang Bahasa Malaysia! Ianya sekadar bahasa yang melayakkan seseorang boleh bekerja dengan agensi kerajaan. Bahasa ini tiada martabat alam industri lain (perniagaan, pelancongan).
10. Bangsa lain seperti Jepun dan China bangga dapat bertutur Bahasa Malaysia tetapi bangsa Malaysia sendiri bertutur dalam Bahasa Indonesia.
11. Wawancara oleh wartawan berbahasa Malaysia dijawab dalam bahasa Inggeris oleh artis Melayu (termasuk juga orang ramai yang dilahirkan di Malaysia).
12. Pada pendapat saya, Bahasa Melayu adalah bahasa yang dtuturkan oleh orang-orang Melayu menggunakan perkataan-perkataan setempat seperti perkataan apo (apa), saye (saya), hang (engkau) dan lain-lain. Apabila orang Melayu ini bertutur dengan orang Sabah dan Sarawak (yang menggunakan sebutan baku), mereka tidak berkompromi untuk menggunakan Bahasa Malaysia tetapi sebaliknya meneruskan perbualan dalam bahasa Melayu dialek negeri masing-masing. Orang Sabah dan Sarawak semestinya terpinga-pinga mendengar pertuturan kaum Melayu ini kerana tidak memahami.
13. Guru semenanjung tidak bertutur dalam Bahasa Malaysia dengan betul. (Guru semenanjung kalau mengajar Bahasa Malaysia, biasanya membaca dalam loghat semenanjung. Beginikah sikap seorang guru? Saya istilahkan sebagai ‘udang mengajar ketam berjalan dengan betul’!)
14. Papan tanda berbahasa Malaysia tidak dapat difahami oleh kaum lain selain Melayu. Maka perlunya papan tanda dalam tulisan atau bahasa lain.
15. Papan tanda yang ditulis dalam BM tidak jelas maksudnya dan perlu ditulis dalam dwibahasa samada BI atau bahasa lain.
16. Risalah yang ditulis BM tidak sah sebagai rujukan. BI menjadi bahasa rujukan jika terdapat kekeliruan.
17. Dalam sistem perundangan, BI tetap menjadi rujukan yang sah.
18. Surat yang dikeluarkan oleh peguam ditulis dalam BI mencerminkan BM tidak layak sebagai bahasa perundangan
19. ‘Welcome to..” lebih mudah dan jimat kos penulisan berbanding “Selamat Datang Ke…’
20. Nama-nama kedai ditulis dalam tulisan lain (dan bahasa lain) walaupun ianya didaftarkan di Malaysia.
22. Belum pernah ada pemimpin yang berjuang menguatkuasakan penggunaan Bahasa Malaysia sekalipun Menteri Pelajaran ataupun Menteri Kebudayaan. Perjuangan dilakukab bersendirian oleh sasterawan.
23. Istilah yang lebih menyatupadukan adalah Bahasa Malaysia dan bukannya Bahasa Melayu. Ini kerana orang-orang Melayu sendiri kekurangan istilah (maknanya miskin bahasa) Disebabkan itu, istilah Bahasa Malaysia lebih sesuai digunakan apabila ianya mulai meminjam bahasa sukuan dan bahasa-bahasa kaum lain.
24. Penggunaan istilah Bahasa Melayu dengan jelas menafikan hak kaum lain untuk berkongsi membangunkan Bahasa Malaysia.
Cadangan.
1. Gunakanlah satu Bahasa Malaysia yang disebut dengan betul seperti yang ditulis dalam BUKU TEKS di sekolah demi perpaduan satu bangsa Malaysia.
Yang benar,
Komen oleh Francis pada July 25th, 2008 at 1:36 pmFrancis,
Sabah