7.01 Masalah Bahasa atau masalah Pengguna Bahasa? Membetulkan Sikap dan Persepsi Manusia Terhadap Bahasa Melayu.
Kertas ini telah dibentangkan oleh Admin di Kongres Bahasa Dan Persuratan Melayu Ke-VIIDato’ Dr. Hassan Ahmad.
Masalah besar yang dihadapi oleh dasar untuk mengembangkan bahasa Melayu di Negara ini sebagai bahasa pendidikan, bahasa ilmu dan ‘bahasa pembangunan’ atau ‘kemajuan negara’ sesuai dengan tarafnya sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan Negara Malaysia, bukan masalah yang ada kenamengena dengan bahasa Melayu itu sendiri tetapi masalah yang timbul dan ditimbulkan di luar sistem bahasa itu.
Kertas kerja ini akan membincangkan masalah persepsi, pengetahuan dan sikap yang salah terhadap matlamat dasar bahasa yang ada selama ini amnya dan terhadap keupayaan bahasa Melayu sebagai ‘bahasa kemajuan negara’ di Malaysia khususnya.
Persepsi, pengetahuan dan sikap yang salah inilah yang sering mempengaruhi golongan elit Melayu yang berkuasa dalam kerajaan untuk mengambil sikap yang tidak serius dan tidak tegas untuk melaksanakan dasar bahasa yang ada itu sehingga akhirnya, mulai tahun 2003, pemimpin Melayu sendiri membuat keputusan mengubah dasar penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar sains dan matematik di sekolah dan di IPTA, berbalik kepada bahasa Inggeris seperti pada zaman sebelum kemerdekaan tanpa sebab yang munasabah kecuali jahil. Ini keputusan tidak rasional yang dibuat berdasarkan kepercayaan karut bahawa bahasa Melayu tidak boleh memajukan bangsa Melayu atau negara di dalam negeri ini.
Mereka berkata bahawa bangsa Melayu tidak akan maju jikalau mereka tidak menguasai bahasa Inggeris. Nampaknya, hanya orang Melayu sahaja yang sanggup berkata demikian! Bangsa lain tidak dan kerana itu mereka maju. Penulis menganggap bahawa ini adalah dasar yang mengembalikan kuasa bahasa Inggeris di negeri ini sebagai bahasa penjajahan. Maksud ‘imperialisme’ atau ‘penjajahan’ bahasa Inggeris akan dijelaskan.
Penulis akan membincangkan tiga jenis kesalahan persepsi terhadap bahasa:
(a) persepsi atau konsep yang salah terhadap apa yang disebut ‘bahasa yang maju’ dan ‘bahasa yang tidak maju’ dan hubungannya dengan ‘kemajuan manusia’ atau negara;
(b) persepsi yang salah terhadap matlamat atau fungsi politik dasar bahasa atau bahasa Melayu; dan
(c) sikap orang Melayu terhadap bahasanya sendiri.
Ketiga-tiga kesalahan persepsi atau sikap bahasa yang salah itulah yang menjadi penghalang besar dalam usaha untuk melaksanakan dasar bahasa yang digubal sejak tahun 1957 hingga hari ini. Masalah inilah yang tidak diberikan perhatian secukupnya dan secara sistematik dalam proses dan strategi perancangan bahasa Melayu selama ini.
Kongres Bahasa
[…] Dibentangkan oleh Admin di Kongres Bahasa Dan Persuratan Melayu Ke-VII No Comments » […]
Komen oleh KATALOG « Perpustakaan SMA Negeri 2 Depok pada June 21st, 2007 at 3:33 amSESUATU mesti dilakukan untuk memartabatkan Bahasa Malaysia kerana terdapat LEBIH 12 SEBAB KENAPA BAHASA MELAYU (Bahasa Malaysia) gagal dimartabatkan setelah 51 tahun Negara mencapai kemerdekaan!
1. Sikap orang Melayu sendiri mengagung-agungkan bahasa lain seperti Bahasa Inggeris (BI).
2. Pemimpin tidak bertutur dalam Bahasa Melayu baku (Bahsa Malaysia) semasa majlis rasmi mahupun semasa bermesyuarat termasuklah semasa bersidang di parlimen.
3. Kerajaan tidak mempunyai dasar yang jelas dan tetap dalam pemartabatan Bahasa Malaysia (BM).
4. Bahasa Malaysia tidak menjadi bahasa perpaduan iaitu kebanyakan pihak swasta menggunakan Bahasa Inggeris dalam pertuturan dan urusan surat-menyurat sedangkan pihak kerajaan menggunakan Bahasa Malaysia.
5. Tiada saluran TV yang menggunakan Bahasa Malaysia 100% baku. (Orang Sabah dan Sarawak boleh memahami dialog seperti yang dituturkan dalam filem-filem era 60-an terutama filem Tan Sri P. Ramlee, tetapi tidak lagi memahami filem zaman sekarang. Fikir-fikirkanlah)
6. Tiada orang Melayu yang mempertahankan kedaulatan Bahasa Malaysia.
7. Penggunaan istilah Bahasa Melayu yang tidak dipersetujui oleh kaum lain (Cina, India, Kadazandusun, Iban dll) menyebabkan Bahasa Malaysia (bahasa yang diperkayakan istilah dari semua bahasa di Malaysia) turut tidak mendapat sambutan.
8. Usaha Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang dipandang sebelah mata bukan sahaja oleh agensi swasta tetapi juga oleh agensi kerajaan sendiri.
9. Siapa mahu pandang Bahasa Malaysia! Ianya sekadar bahasa yang melayakkan seseorang boleh bekerja dengan agensi kerajaan. Bahasa ini tiada martabat alam industri lain (perniagaan, pelancongan).
10. Bangsa lain seperti Jepun dan China bangga dapat bertutur Bahasa Malaysia tetapi bangsa Malaysia sendiri bertutur dalam Bahasa Indonesia.
11. Wawancara oleh wartawan berbahasa Malaysia dijawab dalam bahasa Inggeris oleh artis Melayu (termasuk juga orang ramai yang dilahirkan di Malaysia).
12. Pada pendapat saya, Bahasa Melayu adalah bahasa yang dtuturkan oleh orang-orang Melayu menggunakan perkataan-perkataan setempat seperti perkataan apo (apa), saye (saya), hang (engkau) dan lain-lain. Apabila orang Melayu ini bertutur dengan orang Sabah dan Sarawak (yang menggunakan sebutan baku), mereka tidak berkompromi untuk menggunakan Bahasa Malaysia tetapi sebaliknya meneruskan perbualan dalam bahasa Melayu dialek negeri masing-masing. Orang Sabah dan Sarawak semestinya terpinga-pinga mendengar pertuturan kaum Melayu ini kerana tidak memahami.
13. Guru semenanjung tidak bertutur dalam Bahasa Malaysia dengan betul. (Guru semenanjung kalau mengajar Bahasa Malaysia, biasanya membaca dalam loghat semenanjung. Beginikah sikap seorang guru? Saya istilahkan sebagai ‘udang mengajar ketam berjalan dengan betul’!)
14. Papan tanda berbahasa Malaysia tidak dapat difahami oleh kaum lain selain Melayu. Maka perlunya papan tanda dalam tulisan atau bahasa lain.
15. Papan tanda yang ditulis dalam BM tidak jelas maksudnya dan perlu ditulis dalam dwibahasa samada BI atau bahasa lain.
16. Risalah yang ditulis BM tidak sah sebagai rujukan. BI menjadi bahasa rujukan jika terdapat kekeliruan.
17. Dalam sistem perundangan, BI tetap menjadi rujukan yang sah.
18. Surat yang dikeluarkan oleh peguam ditulis dalam BI mencerminkan BM tidak layak sebagai bahasa perundangan
19. ‘Welcome to..” lebih mudah dan jimat kos penulisan berbanding “Selamat Datang Ke…’
20. Nama-nama kedai ditulis dalam tulisan lain (dan bahasa lain) walaupun ianya didaftarkan di Malaysia.
22. Belum pernah ada pemimpin yang berjuang menguatkuasakan penggunaan Bahasa Malaysia sekalipun Menteri Pelajaran ataupun Menteri Kebudayaan. Perjuangan dilakukab bersendirian oleh sasterawan.
23. Istilah yang lebih menyatupadukan adalah Bahasa Malaysia dan bukannya Bahasa Melayu. Ini kerana orang-orang Melayu sendiri kekurangan istilah (maknanya miskin bahasa) Disebabkan itu, istilah Bahasa Malaysia lebih sesuai digunakan apabila ianya mulai meminjam bahasa sukuan dan bahasa-bahasa kaum lain.
24. Penggunaan istilah Bahasa Melayu dengan jelas menafikan hak kaum lain untuk berkongsi membangunkan Bahasa Malaysia.
Cadangan.
1. Gunakanlah satu Bahasa Malaysia yang disebut dengan betul seperti yang ditulis dalam BUKU TEKS di sekolah demi perpaduan satu bangsa Malaysia.
Yang benar,
Komen oleh Francis pada July 25th, 2008 at 1:44 pmOrang Sabah.