7.06 Dunia Persuratan Melayu di Universiti Kebangsaan Malaysia.
Kertas ini telah dibentangkan oleh Admin di Kongres Bahasa Dan Persuratan Melayu Ke-VIIDr. Sahlan Mohd Saman.
Kedatangan Barat sejak tercatat dalam sejarah seawal 1511M, telah membawa bersama mereka agama Nasrani dan tulisan rumi. Persuratan Melayu telah “diperkayakan” lagi oleh kemasukan satu fenomena yang tidak mampu disingkirkan dalam kehidupan yang mereka sifatkan sebagai moden. Sampai ke saat ini, yang dikatakan persuratan Melayu itu merupakan suatu warisan bangsa Melayu yang telah dipelbagaikan kewujudannya oleh bauran kehadiran fenomena dari luar yang menyerap ke dalam seluruh kehidupan masyarakat Melayu. Kertas ini ingin melihat bagaimana dunia persuratan Melayu yang dikaitkan dengan “perihal tulis menulis, kepustakaan, kesusasteraan dan perpustakaan” daripada dulu hingga ke hari ini. Konsep asalnya itu telah melalui perubahan mengikut tanggapan serta keperluan tertentu. Contoh, bukti dan situasi diperlihatkan melalui kewujudannya di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang telah menghidangkan kursus-kursus Persuratan Melayu dan menganugerahkan ijazahnya: Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah Persuratan Melayu.
Kongres Bahasa