Prof. Dr. Md. Salleh Yaapar.

Dewan Bahasa Tenaga Jiwa Bangsa
Nama dari Suatu Sejarah
Api dari Suatu Zaman
Obor Semangat Nan Abadi

- Usman Awang

Kertas ini akan merenung peranan, pencapaian dan masalah di sekitar Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dalam usaha membangunkan sastera dan persuratan Melayu yang berwibawa dan dihormati. Renungan akan dilakukan dalam konteks sejarah insitusi itu yang panjang, dengan fokus pada perkembangan semasa yang meletakkan bahasa dan persuratan Melayu pada keadaan yang mencemaskan. Ia bertitik tolak daripada harapan dan impian yang terukir dalam lirik lagu rasmi DBP sendiri dan daripada pernyataan Ketua Pengarahnya kini bahawa pada hakikatnya institusi itu merupakan satu jasad dengan tiga wajah.

DBP: Satu Jasad Tiga Wajah

Seperti terungkap pada stanza dari lirik lagu yang menjadi pembuka renungan ini, DBP adalah nama dari suatu sejarah, api dari suatu zaman. Ia hasil daripada kebulatan semangat dan lidah rakyat yang sakti. Sesungguhnya, DBP yang ditubuhkan pada 22 Jun 1956, lahir daripada sejarah perjuangan untuk mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan bagi sebuah negara di ambang merdeka. Ia mendapat kewujudan dalam suasana perjuangan kemerdekaan yang berkobar-kobar dengan semangat kebangsaan. Dalam konteks itulah ia diimpikan menjadi tenaga pejuang utama untuk membina suatu bahasa yang dengannya dapat dipupuk jiwa dan dibangunkan tamadun bangsa yang merdeka. Justeru, misi yang kemudian dirumuskan untuknya ialah “Menjadikan Bahasa Melayu Bahasa Ilmu yang Berwibawa dalam Pembinaan Tamadun Bangsa.”

Muat Turun:

Berikan komen anda: