7.10 Bahasa dan Sastera Melayu Antarabangsa.
Kertas ini telah dibentangkan oleh Admin di Kongres Bahasa Dan Persuratan Melayu Ke-VIIProf. Emeritus Tan Sri Ismail Hussein.
Dari ratusan, malah ribuan bahasa-bahasa Keluarga Melayu-Polinesia, tidak semua masyarakat Melayu Polinesia itu menggunakan atau mengerti Bahasa Melayu – bagaimanapun Bahasa Melayu telah timbul sebagai bahasa yang paling cemerlang dari keluarga Melayu-Polinesia. Dengan yang demikian Bahasa Melayu itu menjadi lambang daripada tamadun Melayu-Polinesia yang besar, dan seperti yang telah saya katakan dapat menyimpan segala khazanah dari tamadun itu. Bagaimanapun juga bahasa Melayu yang menjadi asas dari permulaan gagasan Pengajian Melayu. Dalam keadaan demikian apabila kita hendak membina Pengajian Melayu atau Dunia Melayu yang global, maka kita tentulah memerlukan satu bahasa yang umum, yang dapat diistilahkan sebagai bahasa Melayu global, bukannya dialek-dialek nasional yang sedia berkembang. Keharuan zaman kita yang utama adalah untuk membina bahasa Melayu yang global seperti itu, untuk melepaskan diri daripada batasan politik nasional yang mengongkongi kita buat sekian dekad. Apabila cendekiawan Melayu di Malaysia menggesa supaya istilah ‘Bahasa Malaysia’ digantikan semula dengan istilah ‘Bahasa Melayu’, ini tentulah mempunyai konotasi yang seperti itu.
Kongres Bahasa
SESUATU mesti dilakukan untuk memartabatkan Bahasa Malaysia kerana terdapat LEBIH 12 SEBAB KENAPA BAHASA MELAYU (Bahasa Malaysia) gagal dimartabatkan setelah 51 tahun Negara mencapai kemerdekaan!
1. Sikap orang Melayu sendiri mengagung-agungkan bahasa lain seperti Bahasa Inggeris (BI).
2. Pemimpin tidak bertutur dalam Bahasa Melayu baku (Bahsa Malaysia) semasa majlis rasmi mahupun semasa bermesyuarat termasuklah semasa bersidang di parlimen.
3. Kerajaan tidak mempunyai dasar yang jelas dan tetap dalam pemartabatan Bahasa Malaysia (BM).
4. Bahasa Malaysia tidak menjadi bahasa perpaduan iaitu kebanyakan pihak swasta menggunakan Bahasa Inggeris dalam pertuturan dan urusan surat-menyurat sedangkan pihak kerajaan menggunakan Bahasa Malaysia.
5. Tiada saluran TV yang menggunakan Bahasa Malaysia 100% baku. (Orang Sabah dan Sarawak boleh memahami dialog seperti yang dituturkan dalam filem-filem era 60-an terutama filem Tan Sri P. Ramlee, tetapi tidak lagi memahami filem zaman sekarang. Fikir-fikirkanlah)
6. Tiada orang Melayu yang mempertahankan kedaulatan Bahasa Malaysia.
7. Penggunaan istilah Bahasa Melayu yang tidak dipersetujui oleh kaum lain (Cina, India, Kadazandusun, Iban dll) menyebabkan Bahasa Malaysia (bahasa yang diperkayakan istilah dari semua bahasa di Malaysia) turut tidak mendapat sambutan.
8. Usaha Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang dipandang sebelah mata bukan sahaja oleh agensi swasta tetapi juga oleh agensi kerajaan sendiri.
9. Siapa mahu pandang Bahasa Malaysia! Ianya sekadar bahasa yang melayakkan seseorang boleh bekerja dengan agensi kerajaan. Bahasa ini tiada martabat alam industri lain (perniagaan, pelancongan).
10. Bangsa lain seperti Jepun dan China bangga dapat bertutur Bahasa Malaysia tetapi bangsa Malaysia sendiri bertutur dalam Bahasa Indonesia.
11. Wawancara oleh wartawan berbahasa Malaysia dijawab dalam bahasa Inggeris oleh artis Melayu (termasuk juga orang ramai yang dilahirkan di Malaysia).
12. Pada pendapat saya, Bahasa Melayu adalah bahasa yang dtuturkan oleh orang-orang Melayu menggunakan perkataan-perkataan setempat seperti perkataan apo (apa), saye (saya), hang (engkau) dan lain-lain. Apabila orang Melayu ini bertutur dengan orang Sabah dan Sarawak (yang menggunakan sebutan baku), mereka tidak berkompromi untuk menggunakan Bahasa Malaysia tetapi sebaliknya meneruskan perbualan dalam bahasa Melayu dialek negeri masing-masing. Orang Sabah dan Sarawak semestinya terpinga-pinga mendengar pertuturan kaum Melayu ini kerana tidak memahami.
13. Guru semenanjung tidak bertutur dalam Bahasa Malaysia dengan betul. (Guru semenanjung kalau mengajar Bahasa Malaysia, biasanya membaca dalam loghat semenanjung. Beginikah sikap seorang guru? Saya istilahkan sebagai ‘udang mengajar ketam berjalan dengan betul’!)
14. Papan tanda berbahasa Malaysia tidak dapat difahami oleh kaum lain selain Melayu. Maka perlunya papan tanda dalam tulisan atau bahasa lain.
15. Papan tanda yang ditulis dalam BM tidak jelas maksudnya dan perlu ditulis dalam dwibahasa samada BI atau bahasa lain.
16. Risalah yang ditulis BM tidak sah sebagai rujukan. BI menjadi bahasa rujukan jika terdapat kekeliruan.
17. Dalam sistem perundangan, BI tetap menjadi rujukan yang sah.
18. Surat yang dikeluarkan oleh peguam ditulis dalam BI mencerminkan BM tidak layak sebagai bahasa perundangan
19. ‘Welcome to..” lebih mudah dan jimat kos penulisan berbanding “Selamat Datang Ke…’
20. Nama-nama kedai ditulis dalam tulisan lain (dan bahasa lain) walaupun ianya didaftarkan di Malaysia.
22. Belum pernah ada pemimpin yang berjuang menguatkuasakan penggunaan Bahasa Malaysia sekalipun Menteri Pelajaran ataupun Menteri Kebudayaan. Perjuangan dilakukab bersendirian oleh sasterawan.
23. Istilah yang lebih menyatupadukan adalah Bahasa Malaysia dan bukannya Bahasa Melayu. Ini kerana orang-orang Melayu sendiri kekurangan istilah (maknanya miskin bahasa) Disebabkan itu, istilah Bahasa Malaysia lebih sesuai digunakan apabila ianya mulai meminjam bahasa sukuan dan bahasa-bahasa kaum lain.
24. Penggunaan istilah Bahasa Melayu dengan jelas menafikan hak kaum lain untuk berkongsi membangunkan Bahasa Malaysia.
Cadangan.
1. Gunakanlah satu Bahasa Malaysia yang disebut dengan betul seperti yang ditulis dalam BUKU TEKS di sekolah demi perpaduan satu bangsa Malaysia.
Yang benar,
Komen oleh Francis pada July 25th, 2008 at 1:39 pmFrancis,
Sabah.