6.02 Kesan Penggunaan Bahasa Inggeris Dalam Pengajaran Sains Dan Matematik Di Institusi Pendidikan Di Malaysia
Kertas ini telah dibentangkan oleh Admin di Kongres Bahasa Dan Persuratan Melayu Ke-VI
Dr. Haji Awang Bin Sariyan dan Kamal Shukri Abdullah Sani.
Selaras dengan peruntukan Perlembagaan Negara Malaysia (Perkara 152) sebagai bahasa rasmi dan bahasa Kebangsaan, Penyata Razak (1956), serta Akta Pendidikan (1996), bahasa Melayu dinobatkan sebagai bahasa pengantar pendidikan di Malaysia daripada peringkat sekolah rendah sehinggalah ke peringkat universiti. Secara beransur-ansur, bahasa pengantar Inggeris telah ditukar kepada bahasa Melayu mulai tahun 1972 sehingga tahun 1983 dengan pemansuhan peperiksaan LCE (1978), dan MCE (1980). Dengan itu, sejumlah kira-kira 5.5 juta pelajar (tahun 1975 - 2001 sahaja) telahpun mengikuti pendidikan aliran kebangsaan ini sehingga ke peringkat SPM sekurangkurangnya, serta mendapat manfaatnya, dan tidak dapat dinafikan bahawa daripada kumpulan inilah juga lahirnya para cendekiawan, pakar, ahli sains, teknokrat, pemimpin, dan sebagainya yang turut memberi sumbangan membina negara Malaysia sehingga ke tahap kemajuan seperti yang ada pada hari ini.
Kongres Bahasa