- Kongres Bahasa - http://www.kongresbahasa.org -
6.02 Kesan Penggunaan Bahasa Inggeris Dalam Pengajaran Sains Dan Matematik Di Institusi Pendidikan Di Malaysia
Posted By admin On 7th September 2006 @ 22:32 In Kongres Bahasa Dan Persuratan Melayu Ke-VI | No Comments
Dr. Haji Awang Bin Sariyan dan Kamal Shukri Abdullah Sani.
Selaras dengan peruntukan Perlembagaan Negara Malaysia (Perkara 152) sebagai bahasa rasmi dan bahasa Kebangsaan, Penyata Razak (1956), serta Akta Pendidikan (1996), bahasa Melayu dinobatkan sebagai bahasa pengantar pendidikan di Malaysia daripada peringkat sekolah rendah sehinggalah ke peringkat universiti. Secara beransur-ansur, bahasa pengantar Inggeris telah ditukar kepada bahasa Melayu mulai tahun 1972 sehingga tahun 1983 dengan pemansuhan peperiksaan LCE (1978), dan MCE (1980). Dengan itu, sejumlah kira-kira 5.5 juta pelajar (tahun 1975 - 2001 sahaja) telahpun mengikuti pendidikan aliran kebangsaan ini sehingga ke peringkat SPM sekurangkurangnya, serta mendapat manfaatnya, dan tidak dapat dinafikan bahawa daripada kumpulan inilah juga lahirnya para cendekiawan, pakar, ahli sains, teknokrat, pemimpin, dan sebagainya yang turut memberi sumbangan membina negara Malaysia sehingga ke tahap kemajuan seperti yang ada pada hari ini.
Article printed from Kongres Bahasa: http://www.kongresbahasa.org
URL to article: http://www.kongresbahasa.org/?p=35
URLs in this post:
[1] 6.2 Kesan Penggunaan Bahasa Inggeris Dalam Pengajaran Sains Dan Matematik Di Institusi Pendidikan Di Malaysia: http://www.kongresbahasa.org/wp-content/uploads/2006/11/062.pdf
Click here to print.