5.06 Bahasa Melayu dan Pembangunan Sains Nasional.
Kertas ini telah dibentangkan oleh Admin di Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ke-VShaharir bin Mohamad Zain.
Peranan bahasa nasional dalam pembangunan telah banyak kali diperkatakan di seluruh dunia sekurang-kurangnya sejak kurun ke-18M lagi. Mungkin yang pertama terkenalnya dalam isu ini ialah oleh ahli matematik dan ahli falsafah Perancis-Jerman Williuam Leibnitz pada awal kurun ke-18M apabila beliau berhujah dengan lantangnya tentang perlunya Jerman membina sainsnya dalam bahasa Jerman. (masa itu bahasa ilmu di Eropah ialah bahasa Latin dan Perancis).
Kemudian orang yang kedua terkenalnya membicarakan soal ini dengan lebih mendalam lagi, dan tentunya lebih masyhur lagi ialah ahli falsafah Jerma pada zaman Weimar tahun 1920-an iaitu Spengeler. Beliau membicarakan pengaruh budaya terhadap sains dan berpendapat Jerman boleh mengatasi sains negara lain dengan membina dasar-dasar sains yang cukup berorientasikan kebudayaan Jerman: penJermanan sains.
Pembangunan sains jepun sejak di bawah Emperor meiji kurun ke-19 juga perlu disebut sebagai contoh yang perlu diiktibari. Ketiga-tiga contoh ini ialah contoh pembangunan sains nasional yang terbukti berjaya.
Satu lagi contoh pembangunan sains nasional yang tersendiri ialah projek peMarxisan sains pertanian di bawah kelolaan ahli genetik Rusia yang bernama Lysenko pada tahun 1950-an tetapi kali ini dasar pembangunan sains nasional ini termasyhur dengan kegagalannya.
Semua ini adalah contoh-contoh yang terkenal tentang betapa sains itu bukannya bitara sifatnya. Tetapi kajian yang berpusatkan kepada grafisejarah sains denan lebih konkret lagi yang menunjukkan tidak bitara atau tidak neutralnya sains berjaya ditunjukkan oleh Thomas Kuhn pada tahun 1968. Sejak itu ratusan kajian demi kajian yang menyokong tesis ini.
Kini sudah diterima umum, walaupun banyak ahli sains kita dan cendikiawan kita di nusantara ini yang tidak menyedari hakikat ini, bahawa sains memang tidak neutral. Maka itulah, sejak tahun 1970-an, timbul gesaan kepada pempribumiaan sains, pengetnosainsan, penginsanan sains, dan pengIslaman sains. Beberapa jurnal khas bagi memuatkan makalah-makalah yang sesuai dengan tabii sains ini telahpun wujud.
Kongres Bahasa
[…] Dibentangkan oleh Admin di Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ke-V No Comments ยป […]
Komen oleh KATALOG « Perpustakaan SMA Negeri 2 Depok pada June 21st, 2007 at 3:34 am