Z.‘A.B.A.

Banyak orang menyangka - terutama orang2 yang bukan Melayu - bahawa bahasa Melayu dan bahasa Indonesia itu ia-lah dua bahasa yang berasingan atau berlainan sama sa-kali. Sangkaan ini nyata-lah tiada benar. Orang2 Indonesia sendiri pun tetap mengaku bahawa bahasa Indonesia ada-lah berpokok kapada bahasa Melayu. Mereka telah memakai nama “Bahasa Indonesia” itu pada asal-nya (dari kira2 tahun 1928) hanya-lah kerana hendak menjadikan bahasa (Melayu) itu bahasa persatuan; y‘ani untok mengikat jadi satu segala suku2 bahagian2 yang bercherai2 dalam seluroh gugusan pulau2 yang bagitu luas dan lebar.

Muat Turun:

1 komen untuk kertas “3.02 Bahasa Melayu dan bahasa Indonesia.”

Berikan komen anda: