Z.‘A.B.A

Bahasa Melayu di-Malaya ini ada mempunyai dua tulisan, ia-itu satu tulisan Jawi dan satu tulisan Rumi. Tulisan Jawi itu ia-lah memakai huruf2 ‘Arab dengan di-tambah beberapa huruf baharu bagi merupakan bunyi2 Melayu yang tidak ada di-pakai dalam huruf2 ‘Arab itu. Maka tulisan ini telah di-pakai tidak kurang daripada enam ratus tahun, bahkan barangkali lebeh lama lagi. Ada, pun tulisan Rumi itu pula memakai huruf2 Rome yang di-pakai bagi menuliskan kebanyakan bahasa2 Eropah pada hari ini. Mereka ia-itu telah mulai di-pakai dengan ‘umum bagi menuliskan bahasa Melayu di-Malaya hanya semenjak penghujong abad yang kesembilan-belas sahaja.

Muat Turun:

Berikan komen anda: