Oleh Masuri S.N.

SUDAH jelas kepada penduduk-penduduk di Tanah Melayu sekarang ini bahawa bahasa Melayu telah ditetapkan menjadi bahasa kebangsaan. Dan bukan itu saja, bahkan kemungkinannya yang besar untuk menjadi bahasa rasmi yang berdaulat penuh adalah menjadi perkara yang sedang hangat dibicarakan oleh penduduk-penduduk Tanah Melayu yang terdiri daripada berbagai-bagai bangsa itu. Tetapi jika kita mahu meletakdudukkan perkara itu di tempat yang sebenamya, maka teranglah sudah bahawa soalnya sekarang bukanlah bahasa Melayu itu tidak layak untuk menjadi bahasa rasmi di Tanah Melayu, tetapi bagaimanakah caranya supaya dalam waktu yang sesingkat-singkatnya bahasa Melayu itu dapat memegang peranannya dengan penuh untuk menggantikan kedudukan bahasa Inggeris yang sekarang sedang bemaung teguh di Tanah Melayu.

Muat Turun:

Berikan komen anda: