3.23 Bahasa Melayu Sa-bagai Bahasa Sa-hari2 Di-kalangan Kaum Buroh Semua Bangsa.
Kertas ini telah dibentangkan oleh Admin di Kongres Bahasa Dan Persuratan Melayu Ke-IIIAbdullah Majid
Bahasa ia-lah alat perhubongan untok menyatakan perasaan fikiran, pengalaman dan kemauan, antara sa-orang kapada yang lain dalam lingkongan-nya; dan alat itu berupa yang dapat di-faham oleh manusia. Sa-bagai satu alat yang amat yang di-perlukan oleh manusia dalam kehidupan-nya sa-hari2, dapat-lah di-katakan bahawa sesuatu bahasa itu di-chipta oleh puak manusia yang memerlukan-nya, dan perkembangan bahasa itu mengikut aliran perkembangan masharakat itu pula. Memikirkan bahawa kertas-kerja ini di-maksudkan sa-bagai panduan kapada parapeserta Kongres ini dalam perbinchangan mengenai peranan Bahasa Melayu sa-bagai alat perhubongan sa-hari2 di-kalangan masarakat umum, yang bersipat majmuk pula (kerana terbentok daripada bangsa), maka terlebeh dahulu akan saya huraikan beberapa pendapat ilmiah berkenaan, bahasa, serta pertalian-nya dengan pertumbohan dan perkembangan Manusia.
Kongres Bahasa