3.24 Kata2 Teknik didalam Perusahaan Minyak.
Kertas ini telah dibentangkan oleh Admin di Kongres Bahasa Dan Persuratan Melayu Ke-IIINoordin Abd. Rahman
Kita didalam kawasan Gugusan Pulau2 Melayu mula berdamping dengan perusahaan minyak pada penghujong abad yang lalu. Walaupun kerja menggali kerana menchari mninyak telah dijalankan di Jawa Barat pada tahun 1870 tetapi telaga minyak pertama yang mengeluarkan hasil yang dapat diperdagangkan telah digali di Sumatra Utara, 15 tahun selepas itu. Telaga ini diketahui sebagai Telaga Said, telah digali pada tahun 1885. Telaga2 minyak yang mengeluarkan hasil didaerah Borneo Utara, telah digali pada tahun 1912 di Miri, Sarawak dan pada tahun 1927 di Seria, Brunei. Kerja menchari minyak te1ah mula diselenggarakan di Kalimantan Timor pada tahun 1897. Kilang tapisan minyak yang pertama didirikn di Gugusan Pulau2 Melayu ialah di pangkalan Berandan, Langkat, Sumatera, pada tahun 1892.
Kongres Bahasa