3.26 Bahasa Melayu dalam Lapangan Seni Lukis.
Kertas ini telah dibentangkan oleh Admin di Kongres Bahasa Dan Persuratan Melayu Ke-IIIMohamed Salehuddin.
Seni lukis ia-lah suatu kasenian yang baharu pada bangsa kita Melayu. Pada zaman dahulu ahli2 seni Melayu menunjokkan jiwa seni mereka hanya pada pertukangan barang2 emas dan perak serta tembaga, pada ukiran2 kcayu, tandok dan gading, dan pada chorak kain2 saperti kain telepok dan kain batek, tetapi pada kertas dan kain lukisan dengan menggunakan warna ayer (water colour) atau warna minyak (oil colour), da’awat atau kapor, tiadak-lah di-perbuat mereka. Kepandaian melukis pada kertas atau kain itu ia-lah suatu seni yang baharu bagi orang2 Melayu, iaitu seni yang di-bawa oleh tamaddun barat yang permulaan timbul-nya serentak dengan ada-nya sekolah2 Kerajaan, baik sekolah Melayu, sekolah Inggeris atau college latehan guru2.
Kongres Bahasa