Kongres Bahasa Dan Persuratan Melayu Ke-VII
7.00 Resolusi Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ke VII
Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu VII yang bersidang selama tiga hari dari 6-8 November 2006 (14-16 Syawal), 1427 Hijrah di Dewan Bahasa dan Pustaka yang dihadiri lebih 600 (dapatkan angka sebenar) orang peserta daripada 59 badan dari Pertubuhan Bukan Kerajaan, DBP dan para pendukung bahasa, sastera dan kebudayaan kebangsaan, dengan penuh kesedaran dan rasa tanggungjawab […]
7.01 Masalah Bahasa atau masalah Pengguna Bahasa? Membetulkan Sikap dan Persepsi Manusia Terhadap Bahasa Melayu.
Dato’ Dr. Hassan Ahmad.
Masalah besar yang dihadapi oleh dasar untuk mengembangkan bahasa Melayu di Negara ini sebagai bahasa pendidikan, bahasa ilmu dan ‘bahasa pembangunan’ atau ‘kemajuan negara’ sesuai dengan tarafnya sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan Negara Malaysia, bukan masalah yang ada kenamengena dengan bahasa Melayu itu sendiri tetapi masalah yang timbul dan ditimbulkan di […]
7.02 Bahasa Melayu Setengah Abad Lalu dan Setengah Abad mendatang : Upaya Pemerkasaannya.
Profesor Dr. Awang Sariyan
Pembicaraan ehwal bahasa Melayu setengah abad yang silam dan setengah abad yang mendatang tidak dapat tidak berhubungan secara langsung dengan ehwal pembinaan negara kita sebagai negara bangsa. Hal ini demikian kerana bahasa Melayu memang cukup erat hubungannya dengan pembinaan konsep kebangsaan dan kenegaraan entiti politik yang dikenal sebagai Malaysia (yang sebelum 1963 […]
7.03 DBP Lima Dekad, Globalisasi dan Gelombang Baru Memperkasakan Bahasa Melayu.
Noresah Baharom.
Kertas ini menyorot latar belakang penubuhan DBP yang bertunjangkan nasionalisme linguistik menjelang kemerdekaan dan hasil resolusi Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu ke III. Seterusnya pencapaian DBP selama lima dekad penubuhannya bagi menterjemahkan peruntukan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dan akta-akta lain yang berkaitan dengan pelaksanaan bahasa kebangsaan, termasuk Akta DBP sendiri dikemukakan. Asakan globalisasi yang […]
7.04 Kemelut Kebudayaan Kebangsaan Abad 21.
Profesor Datuk Zainal Kling.
“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu ambil menjadi teman kepercayaanmu orang-orang yang di luar kalangan kamu (kerana) mereka tidak henti-hentinya menimbulkan kemudaratan bagimu. Mereka menyukai apa yang menyusahkan kamu. Telah nyata kebencian dari mulut mereka, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sungguh telah kami terangkan kepadamu ayat-ayat (Kami) […]
7.05 Permasalahan Kebudayaan Kebangsaan : Menjenguk Kembali Isu-Isunya.
Ahmat Adam.
Perbincangan mengenai isu kebudayaan kebangsaan kini telah mencapai usia hampir setengah abad. Kali pertama isu kebudayaan kebangsaan dibahaskan ialah pada Kongres Kebudayaan Melayu pertama, yang diadakan di Melaka, pada 30 Disember 1957 hingga 2 Januari 1958. Dalam kongres itu telah dibuat beberapa rumusan yang pada dasarnya memutuskan bahawa teras kebudayaan kebangsaan di Persekutuan Tanah […]
7.06 Dunia Persuratan Melayu di Universiti Kebangsaan Malaysia.
Dr. Sahlan Mohd Saman.
Kedatangan Barat sejak tercatat dalam sejarah seawal 1511M, telah membawa bersama mereka agama Nasrani dan tulisan rumi. Persuratan Melayu telah “diperkayakan” lagi oleh kemasukan satu fenomena yang tidak mampu disingkirkan dalam kehidupan yang mereka sifatkan sebagai moden. Sampai ke saat ini, yang dikatakan persuratan Melayu itu merupakan suatu warisan bangsa Melayu yang […]
7.07 Meniti Zaman, Menagih Impian: Dewan Bahasa dan Pustaka Antara Kenyataan dan Harapan.
Kertas ini akan merenung peranan, pencapaian dan masalah di sekitar Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dalam usaha membangunkan sastera dan persuratan Melayu yang berwibawa dan dihormati. Renungan akan dilakukan dalam konteks sejarah insitusi itu yang panjang, dengan fokus pada perkembangan semasa yang meletakkan bahasa dan persuratan Melayu pada keadaan yang mencemaskan. Ia bertitik tolak daripada harapan dan impian yang terukir dalam lirik lagu rasmi DBP sendiri dan daripada pernyataan Ketua Pengarahnya kini bahawa pada hakikatnya institusi itu merupakan satu jasad dengan tiga wajah.
7.08 Pemerkayaan Sastera dalam Kalangan Generasi Muda.
Zalila Sharif.
Dalam usaha kita untuk memperkasakan sastera kebangsaan dan meluaskan khalayak sastera kita tidak dapat lari dari hakikat bahawa kita perlu meneliti situasi semasa yang begitu banyak berubah yang turut menyebabkan perubahan dalam nilai, minat, sikap dan keperluan masyarakat terhadap sastera. Perubahan ini adalah disebabkan oleh perkembangan baru dunia seperti globalisasi, ekonomi, pemasaran, dunia pekerjaan, […]
7.09 Permasalahan Bahasa dan Persuratan Melayu Antarabangsa.
Dato’ Haji A. Aziz Deraman.
Abad ke abad peradaban manusia berubah. Peradaban Melayu ternyata memiliki keunikan dan kekuatan tersendiri zaman-berzaman. Senario perubahan peradaban abad ke-21 dengan adanya kemajuan Asia Pasifik, kestabilan politik dan kemajuan ekonomi rantau dan dinamisme baru rumpun Melayu sepatutnya membangkitkan kesedaran dan keazaman politik ke arah memajukan bahasa dan persuratan Melayu di persada […]
7.10 Bahasa dan Sastera Melayu Antarabangsa.
Soma
Ambien drugs
Online Carisoprodol
Buy Cialis
Hydrocodone drugs
Order Levitra
Generic Lipitor
Paxil online
Order Phentermine
buy Propecia
buy Soma
Tramadol online
Online Viagra
Prof. Emeritus Tan Sri Ismail Hussein.
Dari ratusan, malah ribuan bahasa-bahasa Keluarga Melayu-Polinesia, tidak semua masyarakat Melayu Polinesia itu menggunakan atau mengerti Bahasa Melayu – bagaimanapun Bahasa Melayu telah timbul sebagai bahasa yang paling cemerlang dari keluarga Melayu-Polinesia. Dengan yang demikian Bahasa Melayu itu […]
Kongres Bahasa