Penghargaan

Bagi koleksi kertas kerja dalam Kongres Bahasa dan persuratan Melayu I hingga VI, Kongresbahasa.org merakamkan sumbangan:

  1. Dana daripada Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
  2. Minda dan kepustakaan peribadi Tuan Dr. Pendeta Muhammad Ariff Ahmad (MAS), Singapura.
  3. Khidmat kepustakaan daripada ASAS ‘50 Singapura, dan Kesatuan Guru-guru Melayu Singapura.
  4. Perpustakaan, Universiti Sultan Idris ,Tanjung Malim, Perak.
  5. Sumbangan semua individu yang makalahnya diterbitkan dalam jilid ini. Kami juga ingin menyatakan tiada sebarang honorarium akan dibayar kerana penerbitan ini tidak bertujuan membuat keuntungan. Sekiranya ada, keuntungan itu akan diserahkan kepada Persatuan Penterjemah Malaysia, kerabat Kongres yang berusaha menerbitkan prosiding ini.
  6. Khidmat penerbitan PTS Publications and Distributors Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.

Dari lubuk hati kami yang sedalam-dalamnya, diucapkan terima kasih yang setinggi-tingginya.