Kongres Bahasa Dan Persuratan Melayu Ke-VI

Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ke-VI bersidang di Dewan Tun Abdul Razak, Tanjung Malim, Perak Darul Ridzuan, pada 5 September 2002, dan dihadiri oleh 150 ahli badan-badan kerabat kongres.

Kongres melahirkan kebimbangan yang amat besar terhadap langkah kerajaan menukar bahasa pengantar mata pelajaran matematik dan sains daipada bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris. Langkah ini akan menghentikan perkembangan sihat ilmu dan teknologi dalam bahasa Melayu, dan membawa kesan negatif kepada khususnya anak-anak
Melayu luar bandar dan mereka daripada golongan yang tidak berada.

Kongres yang sepatutnya berlangsung di kampus ’ibu kandung’ bahasa Melayu terpaksa dijalankan di Dewan Tun Razak di luar pagar UPSI, apabila Timbalan Naib Canselor Akademik UPSI pada tahun 2002, membantah pada saat terakhir, Kongres diadakan dalam kampus.

Namun, Kongres tetap berlangsung. Dua isu utama dibincangkan:

1. Pengekalan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar bagi mata pelajaran sains dan matematik dalam sistem pendidikan negara;

2. Mencari kaedah berkesan bagi meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar dengan tidak menjejaskan kedudukan dan fungsi bahasa Melayu.
Beberapa Rintangan.
Dalam memperjuangkan bahasa dan budaya Melayu ini kita menghadapi beberapa rintangan. Ironisnya yang melumpuhkan kita bukanlah rintangan dari luar, tetapi dari dalam.

1. Aminuddin Baki pernah sedar tentang hal ini dan menyatakan rasa tidak senangnya terhadap golongan yang tidak percaya pada kebolehan bahasa Melayu. Malah, pada masa-masa terakhir ini, pendidik Melayulah yang menghasilkan laporan supaya bahasa
Inggeris digunakan sebagai bahasa pengantar di universiti.

2. Sejak Kongres IV sudah dinyatakan perihal petugas yang gagal memahami isu-isu bahasa Melayu lantas gagal menjalankan tanggungjawab. Para intelektual, sebagai pejuang pernah mengusung Keranda 152, tetapi pendirian begini tidak wujud lagi.

3. Adanya sikap pemimpin budaya yang kelihatan sebagai menyebelahi bahasa Melayu, tetapi pada hakikatnya sanggup menerima saja apa yang sudah berlaku, dan mengeluarkan falsafah bahawa ”begitulah nasib kita, apakan daya, kita perlu terus hidup.”

6.00 Resolusi Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu ke-VI

Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ke-VI yang bersidang di Dewan Tun Abdul Razak, Tanjung Malim, Perak Darul Ridzuan, pada 5 September 2002, dan dihadiri oleh 500 pejuang dan pencinta bahasa Melayu, bersetuju dengan tujuan kerajaan meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi. Walau bagaimanapun, Kongres melahirkan kebimbangan yang amat besar […]

Dibentangkan oleh Admin

6.01 Berakhirnya Sakti Melayu?

Shaharir bin Mohamad Zain

Sebelum Semenanjung Tanah Melayu atau Malaya mencapai kemerdekaannya pada 1957, bahasa Melayu digunakan untuk mengungkapkan ilmu daripada sains dan matematik moden menerusi “ilmu hisab” dan “ilmu kejadian” yang pendidikannya berkemuncakkan di Sultan Idris Training College, SITC (mulai 1922), yang dikenali dalam bahasa Melayunya kemudian sebagai Maktab […]

Dibentangkan oleh Admin

6.02 Kesan Penggunaan Bahasa Inggeris Dalam Pengajaran Sains Dan Matematik Di Institusi Pendidikan Di Malaysia

Dr. Haji Awang Bin Sariyan dan Kamal Shukri Abdullah Sani.
Selaras dengan peruntukan Perlembagaan Negara Malaysia (Perkara 152) sebagai bahasa rasmi dan bahasa Kebangsaan, Penyata Razak (1956), serta Akta Pendidikan (1996), bahasa Melayu dinobatkan sebagai bahasa pengantar pendidikan di Malaysia daripada peringkat sekolah rendah sehinggalah ke peringkat universiti. Secara beransur-ansur, bahasa pengantar Inggeris telah ditukar kepada […]

Dibentangkan oleh Admin

6.03 Politik Melayu dan Martabat Bahasa Melayu.

Prof. Dato’ Zainal Abidin bin Abdul Wahid.
Politik Melayu di Malaysia sekarang sedang bergelora. Sejak penahanan Dato’ Seri Anwar Ibrahim, orang Melayu telah berpecah-belah. Ramai orang Melayu, khususnya orang-orang UMNO telah meninggalkan UMNO. Sebahagian daripada mereka menubuhkan Parti Keadilan, sebahagiannya menyertai PAS dan sebahagian lagi meninggalkan politik kepartian. Keputusan pilihanraya […]

Dibentangkan oleh Admin

6.04 Bahasa dan Pembinaan Tamadun Bangsa.

Prof. Emeritus Abdullah Hassan.
Tidak pernah ada bangsa yang membina tamadunnya tanpa kepustakaan. Tidak pernah juga ada bangsa yang membina tamadunnya atas kepustakaan dalam bahasa orang lain. Setiap bangsa, walaupun kecil membina tamadun bangsanya atas kepustakaan dalam bahasanya sendiri. Negara kecil yang maju seperti Belanda, Finland, Sweden, Norway, Denmark, Belgium, Luxemberg, Switzerland dan Austria mempunyai kepustakaan […]

Dibentangkan oleh Admin

6.05 Sumpah Setia Bahasa.

SUMPAH SETIA BAHASA.
Kami, kerabat Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ke-VI, 2002, bersumpah akan terus setia memperjuangkan Bahasa Melayu, sebagai:

Bahasa yang mencipta kedaulatan bangsa, kesatuan politik, budaya, ekonomi, dan pendidikan, yang menjamin kelangsungan bangsa Malaysia;
Bahasa yang menjaga dan memupuk kebebasan intelektual, serta memerdekakan pemikiran bangsa, dan
Bahasa yang mencipta, membawa, memelihara, menyalurkan, dan mengembangkan ilmu dan kebudayaan […]

Dibentangkan oleh Admin