Kongres Bahasa Dan Persuratan Melayu Ke-II

Kongres (Bahasa) dan Persuratan Melayu II berlangsung pada 1 - 2 Januari 1954, di Dewan Sekolah King George V, Seremban.

Kini penyelenggara Kongres berubah kepada kerabat di Semanjung, iaitu Asas Negeri Sembian. Isu yang dibincangkan masih melibatkan isu tulisan Jawi dan beberapa isu baru yang berkaitan dengan kepentingan ahli kerabat. Antaranya adalah:

1. Kongres membincangkan dan menerima Penyata Jawatankuasa Penyiasat Tulisan Jawi Rumi yang ditugaskan oleh Kongres Bahasa dan Persuratan I, bagi mendapat sokongan merasmikan tulisan rumi.

2. Kongres kedua juga menyatakan hasrat menganjorkan satu rapat besar untuk ahli2 Persuratan Malaya dan Indonesia.

3. Isu peseragaman Bahasa Melayu dan Indonesia, dan bahasa Melayu di daerah-daerah lain.

4. Isu penyeragaman ejaan bahasa Melayu yang di-gunakan Indonesia dan Malaya.

5. Perlunya ada usaha menyusun sa-buah kamus yang lengkap.

6. Kongres juga menyedari perlunya juruhebah dalam Radio Malaya Bahagian Melayu berkelulusan tinggi dalam Bahasa Melayu.

2.00 Penyata Kongres Persuratan Melayu Malaya Kedua.

Yang hadhir dalam persidangan itu adalah 10 orang anggota-anggota Panitia, dan 58 orang ahli2 Persuratan dan sasterawan2 yangmewakili pertubohannya, iaitu 50 orang wakil yang bersuara penoh dan 8 orang wakil pemerhati khas.

Muat Turun:Penyata Kongres Persuratan Melayu Malaya Kedua.

Dibentangkan oleh Admin